Tuesday, July 26, 2011

Hantaran Mas Kahwin Pink dan Biru

Hemmmmm.....nak buat ape yer untuk bekas hantaran mas kahwin? Duit mas kahwin buat bunga....ala, sayang pulak duit tu nak renyukkan.  Kalau boleh biar duit mas kahwin tu jadi kenang-kenangan boleh disimpan bakal pengantin tu.  Masukkan jer dalam album ke dalam frame gambar?  Alamak itu dah biasa rasanya, dulu dah pernah buat cengitu untuk hantaran orang lain.  Rasanya nak buat kraftangan dan nak something yang cute n comey. Nak buat apa yer...huhuhu.  Akhirnya......
Ini lah hasilnya, bekas mas kahwin yang aku buat (warna pink polka dot), kotak putih tu bekas cincin.

Mata aku ni sekarang memang gemar dengan corak polka dot. Tema hantaran pink biru, so aku buat bekas duit mas kahwin ni ikut tema. Corak bahagian depan aku ialah tampalan kertas biru pin bentuk hati kemudian lekatkan bunga kecil dan reben.

Asalnya dari poket diari lama, dalamnya aku buang, ambik kulit diari saja.

Sponge takder so aku guna sponge basuh pinggan jer, hehehheehhe

Lepas letak sponge aku balutkan dengan kertas kulit diari ni.

Kemudian baru balutkan dengan kain cotton corak polkadot


Kulit diari lama telah siap dibalut.

Untuk bahagian dalam aku lekatkan dengan kertas warna cokelat.

Ha...  inilah rupa bentuk bahagian dalam setelah diletakkan dengan duit mas kahwin. Aku buat bingkai untuk letak duit dengan meletakkan di empat penjuru potongan kertas warna sama bentuk tigasegi.

Sunday, July 17, 2011

Beg Kertas Cenderahati Majlis Kahwin

Bukan senang nak cari paper bag yang lain dari yang lain.  Penat aku keluar masuk kedai  pengantin, asyik corak yang sama dan biasa saja.  Kalau boleh aku nak yang corak cute dan comey, ini asyik corak paper bag pengantin yang biasa jer, bosan sungguh.  Jenuhlah juga aku mencari dan akhirnya pencarianku berhasil juga.  Gembira sungguh sebab corak paper bag untuk doorgift majlis kahwin ini menepati citarasa aku.  Dan yang paling penting harganya pun amat berpatutan. 




Wednesday, July 13, 2011

Hadiah Birthday

Selalunya we all bagi kad jer untuk staff yang sambut birthday kat department.  Tapi kali ni rasa nak buat lain sikit.  Seperti biasa, budget ciput jer....hehehehe.  So kena buat something yang harga lebih kurang kad jer.  Akhirnya ini lah hasilnyer.  Buat birthday gift (cokelat & snacks) lepastu buat paper bag sendiri.  Sangat mudah dah murah.  Beli jer brown paper bag (orang jual goreng pisang tuh) harga baru RM3.20 untuk 100 keping. Lepastu beli kad kecil , tampal kat depan paper bag dan last sekali lipat atas paper bag dan ikat dengan reben. 


Wednesday, July 6, 2011

Bunga Telur Crepe Paper

Walaupun waktu teramatlah singkat untuk membuat bunga telur, tapi aku gagahkan juga tanganku ini membuat bunga telur sendiri.  Bayangkan majlis pada awal Julai, sekarang dah minggu pertama Jun.  Adusss.....boleh siap ke ni?  Akhirnya siap juga, hehehehe.





Monday, July 4, 2011

Handmade Retirement Card

This card is made for one of my colleague, well....it's actually a last minute project.  Anyhow, I managed to finished it in just one night only.  Materials.... just grab anything found at my house. hehehehehehe.  Here is my handmade retirement card.

just print, copy & paste...

the look inside of card

the making..

just did whatever idea came out...

what a mess...