Saturday, September 22, 2012

Hantaran Bertunang Emas Hitam

Buat hantaran tunang untuk teman kat ofis.  Dia nak tema gold pastu aku tambahlah dengan gabungan warna hitam jugak.  Kalau semua gold rasa cam berkilau sangat la pulak.  Ini hasilnya.
Set wangian

Gubahan telekung

Gubahan hentam saja kain pasang


Kasut dan tas tangan

Sirih Junjung

Friday, April 20, 2012

Tema Retro Untuk Puspanita Hitea

Ni hasil kerja keras tangan aku tahun lepas, heheheheheheh. Aparaaaa baru nak update sekarang.  Takpelah janji masuk juga dalam entri blog aku ni so boleh la share apa yang patut.  Ingat pasal retro ni apa lagi dalam kepala aku kena ada gambar-gambar filem lama la yang terkenal or artis-artis lama yang hot-hot zaman dulu.  Orang retro sapa yang tak kenal cam artis John Travolta, The Jackson, Sharifah Aini, Uji Rashid, Sashi Kapoor, filem Greese, Sangam, Bobby dan banyak lagi la....

Walaupun zaman tu aku tak sekolah lagi cam ingat-ingat lupa la juga tapi masih aku ingat masa kecik dulu kakak-kakak aku siap pakat dengan jiran ramai-ramai pergi tengok wayang citer Sangam.  Aku pon ikut la skali kan, ye la mak aku suh kakak aku jaga aku jugak hehehehehe.  Pastu ade lagi wayang free tu yang tengok kat padang sekolah. Filem yang aku tengok masa tu filem Mat Sentul, hahahahahaha kelakor giler.

La... ni citer pasal dekor ke pasal filem, oppss.  Sambung balik pasal dekor, kalau tema retro ni kalau takder bling..bling.. ke warna terang benderang ke tak sah la kan.  Untuk pintu gerbang nak masuk dewan tu aku buat tulisan retro guna polisterin.  Adus penat gak nak mengalernyerrr.  Ye la aku buat kerja mesti tunggu sikecik aku tidur dulu, then dier dah tidur hari dah malam so ngantuk-ngantuk la aku mengaler-ngaler. huhhuhu.  Banyak hiasan lain cam bunga pon aku guna polisterin gak pastu kaler terang-terang.  Tapi ade gak yang guna kertas jer.

Yang paling best tu sebaik ader orang yang baik hati bagi pinjam motor vespa dier buat hiasan. Senang kerja aku, terus aku jadikan main point. Yang lain tu aku just print gambar-gambar filem lama dan artis-artis lama pastu gantung jer kat kayu pembahagi dewan.  Oh ye, kat tepi pentas aku ade buat area konon-konon ala-ala cabaret aka kelab malam.  So penari-penari siap berlakon lagi konon duduk-duduk kat situ sebelum buat show.  Area pentas pulak aku pasang lampu kelap kelip dan tampal lambang-lambang retro cam bintang, bunga, bulatan kat kiri kanan pentas. Tapi yang sedey disco ball aku tak sempat nak buat, dapat buat kecik jer pastu letak atas meja VIP jerk. hehehehe



Tengoklah habis rumah aku berselerak jadi bengkel mengaler



Atas pintu gerbang aku letak Retro polisterin

kaki pintu gerbang di kiri dan kanan.

Hiasan meja letak kat tengah used card pastu print gambar retro

Gambar penuh pintu gerbang


Ini lah vespa yang Pak Lin kasik pinjam.


Aku gantung gak jurai manik nak kasi lagi feel retro gitu

Thursday, April 19, 2012

Hadiah Harijadi kakitangan - Tuala Muka Bersulam

Tahun 2012 ni untuk hadiah harijadi kengkawan buat tuala muka la pulak. Pastu letak la sulam sket kat tepi tuala tu.  Ye la budget pon ciput so dapatlah kos tuala campur ngan sulam dalam RM10 hengget jer....

Tuala aku beli kat Nilai 3

Sulam pulak dapat contact kat tenet yang best dekat area umah aku jer.
 

Lipat gulung pastu ikat ngan riben n masukkan dalam paper bag.

Inilah hadiah tuk kawan2.

Tuesday, March 13, 2012

21 Petua Mencantikkan Wajah

21 Petua mencantikkan wajah

Wanita memang sinonim dengan kecantikan terutama kecantikan wajah.  Bukan mudah menjaga kecantikan wajah ini.  Penjagaan wajah perlu dilakukan seawal usia, kalau tunggu umur 30++ baru hendak menjaga muka, alamat payahlah. Apa-apa pun setakat muka lawa tapi akhlak ntah kemana, tak guna juga. Biarlah seiring luar dan dalam dan perlu diingat kecantikan kita hanya untuk yang halal saja seperti kepada suami.


Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
BIBIR MERAH SEMULAJADI
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..
MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

Thursday, January 5, 2012

Zara Hanie Gold Collections

Salam semua.  Rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Hemm.... apa azam tahun baru yer?  Hehehehee.... moga semua yang dilakukan mendapat kejayaan dan dirahmati ALLAH.  Jemputlah semua mai singgah sebentar kat laman Zara Hanie Gold Collections.  Alamat cam kat bawah:
http://zarahaniegold.blogspot.com
Insyaallah harga emas saya adalah berpatutan. Jemputlah singgah yer......

 


Kat atas gambar antara koleksi Zara Hanie Gold.  Kalau nak tengok yang lain jangan lupa singgah yer.

Wassalam....

Friday, August 26, 2011

Hiasan Hari Raya

Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa.  Cepat sungguh waktu berlalu.  Ingat dulu-dulu waktu zaman kanak-kanak.  Rasa bulan puasa terlalu panjang dan memang tak sabar menanti ketibaan syawal. Malam raya tu, kami adik-beradik semua sebok membuat persiapan raya.  Tapi bagi yang kecik-kecik tu apalagi sebok bermain kat luar. Bagi yang kakak-kakak pula sebok dengan persiapan juadah raya dan perhiasan rumah.  Macam aku biasanya ditugaskan membuat dekor rumah.  Yelah aku bab-bab memasak ni memang kurang sikit tapi kalau suruh menghias-hias memang la suka sangat. 

Anda semua ingat tak lagi hiasan rumah zaman dahulu kala. Teringin pulak nak tengok gambar hiasan rumah era 70an, 80an dan 90an.  Perkara yang paling aku ingat untuk hiasan zaman dulu-dulu ialah gantungan kad-kad raya.  Macam-macam cara orang menggantung kad raya, ada yang kat dinding la, kat ranting kayu, kat pokok bunga dan macam-macam lagi.  Hemmmm.....zaman sekarang ni ada lagi ke orang buat hiasan cenggini?  Alamak! tahun ni la aku rasa aku memang tak buat apa-apa untuk hiasan rumah.  Sejak ada baby zara memang rasa tak menang tangan untuk fikir hiasan apa.  So just kemas sikit-sikit jer.  Tapi aku memang tak berapa suka dengan hiasan rumah yang terlalu sarat.  Rasa macam berserabut kepala bila tengok rumah sarat sangat dengan perhiasan yang terover.  Bagi aku yang minimise dan simple itu yang cool dan cantik.  Tapi itu terpulanglah pada individu menilainya.  Kata orang ikut taste masing-masing ler.

Biasalah aku ni last minit baru nak buat dekor untuk department aku.  Ni jerla yang termampu.  Dalam kepala otak nak buat macam-macam tapi dah sebok ngan mende lain. Hehehehehehe....
Oh! ya... di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang singgah menjengah blog saya ini.


Wednesday, August 10, 2011

Bunga Telur Terkini

Alamak, dah last minute baru dapat tau kena buat bunga telur.  Aku ader 2 hari jer lagi untuk menyiapkannya.  Mula ingat nak beli jer bunga telur yang dah siap, tapi bila pergi kedai pengantin....rasa cam tak best la pulak.  Lepas tu susah pulak tu nak jumpa yang menepati tema, baby blue & pink.  Ala.. nak buat camner nih, nak buat sure masa tak cukup, lagi dua hari jer beb... adussss.  Tiba-tiba masa tengah citer problem bunga telur ni kat member ofis Saara, dier terus bagi idea yang bernas.  Saara kata dier pernah pergi kenduri kahwin (kat hotel lagi gitu...) bunga telur kat pelamin tu guna bunga tiruan jer semua hanya ikat kain net saja.  Susunan bunga telur tu yang penting, kena buat ala "flower arrangement" untuk hiasan rumah.  Yess...bernas sungguh idea my fren ni, nah inilah aku rasa solution untuk buat bunga telur dalam waktu yang singkat tapi penuh bergaya....
Just ikat kain net & riben kat bunga.

Antara bunga tiruan yg aku pilih tuk jadi bunga telur .

Kotak bekas supplement , aku buat jadi pasu bunga telur.

Just balutkan kotak dengan pembalut hadiah polka dot warna baby blue

Dah siap pun, pasu/bekas bunga telur. Untuk sempadan kotak aku tampal dengan reben bercorak bunga kecil.

Inilah hasil bunga telur terkini / xpress...

Telur burung puyuh sebagai telur utk hantaran

Finally....pose baby zara pon ada dengan background bunga telur nih...

Thursday, August 4, 2011

Baby Zara with kittens

Meow...meow....meow.  Suddenly Zara heard a strange little voice. She keep looking for it and finally she found where is the voice came from.  Yay!...I found them mom, I found them.  They are so cute little kittens.  It's not only one kitten, I found 3 kittens in this house. Mom, can I play with them? Please.....  Yes, you can my dear but you need to be more careful.   Oh...thanks mom.  My auntie is the owner of these kittens.  She has a lot of cats in her house.  She do offered me to have one of these kittens as my pet but unfortunately, I'm still too young to take any responsibility.  Mom said, one day if I'm ready to take responsibility perhaps she can let me have a pet.



Which one is the cutest ?

Mom...don't worry, I know how to play with them...

Hu..hu..hu...I'm so scared

These kittens not naughty anymore

Come and play with me

Come here little kitty...

see...I told you mom, I can handle it...
This one is my favorite...

Tuesday, July 26, 2011

Hantaran Mas Kahwin Pink dan Biru

Hemmmmm.....nak buat ape yer untuk bekas hantaran mas kahwin? Duit mas kahwin buat bunga....ala, sayang pulak duit tu nak renyukkan.  Kalau boleh biar duit mas kahwin tu jadi kenang-kenangan boleh disimpan bakal pengantin tu.  Masukkan jer dalam album ke dalam frame gambar?  Alamak itu dah biasa rasanya, dulu dah pernah buat cengitu untuk hantaran orang lain.  Rasanya nak buat kraftangan dan nak something yang cute n comey. Nak buat apa yer...huhuhu.  Akhirnya......
Ini lah hasilnya, bekas mas kahwin yang aku buat (warna pink polka dot), kotak putih tu bekas cincin.

Mata aku ni sekarang memang gemar dengan corak polka dot. Tema hantaran pink biru, so aku buat bekas duit mas kahwin ni ikut tema. Corak bahagian depan aku ialah tampalan kertas biru pin bentuk hati kemudian lekatkan bunga kecil dan reben.

Asalnya dari poket diari lama, dalamnya aku buang, ambik kulit diari saja.

Sponge takder so aku guna sponge basuh pinggan jer, hehehheehhe

Lepas letak sponge aku balutkan dengan kertas kulit diari ni.

Kemudian baru balutkan dengan kain cotton corak polkadot


Kulit diari lama telah siap dibalut.

Untuk bahagian dalam aku lekatkan dengan kertas warna cokelat.

Ha...  inilah rupa bentuk bahagian dalam setelah diletakkan dengan duit mas kahwin. Aku buat bingkai untuk letak duit dengan meletakkan di empat penjuru potongan kertas warna sama bentuk tigasegi.