Hemmmmm.....nak buat ape yer untuk bekas hantaran mas kahwin? Duit mas kahwin buat bunga....ala, sayang pulak duit tu nak renyukkan. Kalau boleh biar duit mas kahwin tu jadi kenang-kenangan boleh disimpan bakal pengantin tu. Masukkan jer dalam album ke dalam frame gambar? Alamak itu dah biasa rasanya, dulu dah pernah buat cengitu untuk hantaran orang lain. Rasanya nak buat kraftangan dan nak something yang cute n comey. Nak buat apa yer...huhuhu. Akhirnya......
Ini lah hasilnya, bekas mas kahwin yang aku buat (warna pink polka dot), kotak putih tu bekas cincin. |
Asalnya dari poket diari lama, dalamnya aku buang, ambik kulit diari saja. |
Sponge takder so aku guna sponge basuh pinggan jer, hehehheehhe |
Lepas letak sponge aku balutkan dengan kertas kulit diari ni. |
Kemudian baru balutkan dengan kain cotton corak polkadot |
Kulit diari lama telah siap dibalut. |
Untuk bahagian dalam aku lekatkan dengan kertas warna cokelat. |
Ha... inilah rupa bentuk bahagian dalam setelah diletakkan dengan duit mas kahwin. Aku buat bingkai untuk letak duit dengan meletakkan di empat penjuru potongan kertas warna sama bentuk tigasegi. |