Monday, May 23, 2011

Nasib Pembeli Rumah Terbengkalai

Aku dan suami  merupakan salah seorang mangsa pembeli rumah terbengkalai.  Bayangkan kami telah membeli rumah tersebut sejak tahun 2000 tapi hingga kini bumbung rumah yang kami beli pun masih tak nampak lagi.  Rasa memang menyesal dan kecewa tapi nak buat macamana nasi dah jadi bubur.  Memang kami akui kesilapan sendiri juga kerana kurang ilmu semasa hendak membeli rumah tersebut.  Itulah rumah pertama yang kami cuba beli, banyak juga yang kami habiskan dengan duit simpanan dan melalui pengeluaran EPF.  Tapi sayang...............rupanya kita sebagai pembeli/pengguna/rakyat tidak dilindungi langsung.  Pihak yang tidak bertanggungjawab seperti pihak pemaju begitu mudah sahaja bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.  Yang terpaksa menanggung segala tindakan undang-undang sekarang ini hanyalah di pihak pembeli/rakyat saja.
Ni lah, perumahan Desa Kerayong terletak di Selangor.  Projek sejak tahun 2000, alahai sampai sekarang masih terbengkalai
-----------------------------------------------------------------------------------
Saya telah terbaca tulisan ini oleh Dr. Siti Mariah Mahmud.  Moga dapat dikongsikan bersama dan menjadi iktibar pada semua kerana masalah rumah terbengkalai sehingga kini masih tiada solusinya.

*****************************
Semua kita tahu dan akui yang memiliki rumah menjadi impian setiap rakyat yang menjadi ketua isi rumah. Ketiadaan rumah tidak lah sampai menyebabkan kita mati namun ianya tetap menjadi keperluan asas. Mana-mana kerajaan perlu memikirkan bagaimana  merumahkan rakyat mengikut kemampuan mereka. Namun rumah juga kini menjadi satu “komoditi“ yang diperniagakan. Perniagaan rumah atau pemajuan hartanah rumah merupakan salah satu perniagaan yang memberi keuntungan besar. Anihnya di dalam perniagaan menjual rumah di Negara kita, risikonya ditanggung oleh pihak pembeli semata-mata. Pemaju rumah juga menanggung risiko namun pemaju rumah dan pemodal mempunyai kuasa dan daya untuk menentukan projek mereka boleh berjaya atau tidak. Berlainan dengan pembeli yang tidak mempunyai kuasa (not within their control at all) langsung untuk menentukan yang kepentingan mereka dilindungi.

Di dalam perniagaan biasanya risiko ditanggung oleh peniaga atau pemodal. Kuasa pembeli terhenti apabila mereka menandatangani dokumen perjanjian jual beli @sales and purchase @ S&P untuk pembelian rumah. Selepas itu sekiranya apa-apa terjadi kepada projek perumahan mereka, bank tetap akan mendapat bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan mereka kepada pemaju. Syarikat pemaju pula kalau tidak berjaya melaksanakan projek perumahan kerana apa sebab pun tidak menerima hukuman. Syarikat mungkin ditutup dan  di istiharkan bangkrap, projek perumahan terbengkalai dan dahsyat lagi tidak dapat diselamatkan langsung.

 Pengarah syarikat, CEO syarikat, jurutera dan kontraktor semuanya terlepas bebas. Paling keras pengarah syarikat disenarai hitamkan. Tiada ganti rugi, tiada pembelaan setimpal  kepada pembeli. Yang menanggung adalah pembeli yang terpaksa mengemis hak mereka di sana sini untuk mendapat pembelaan. Mereka “diperas ugut” oleh pihak bank menuntut pembeli membayar hutang bank walaupun rumah tidak siap dan tidak boleh diduduki, jika tidak membayar pinjaman bank mereka akan di CTOSkan, disenarai hitamkan  tanpa belas kasihan. Oleh kerana tiada pilihan lain, pembeli terus membayar pihak bank kerana takut dibangkrapkan oleh pihak bank pula dan urusan pinjaman di masa depan dengan institusi kewangan tidak dibenarkan. Inilah penganiayaan, penindasan dan kezaliman yang canggih dan dibenarkan oleh pihak pemerintah dihalalkan oleh undang-undang. Ini yang dikatakan the RULE OF LAW! Undang-undang digubal untuk memberi keadilan tetapi di dalam undang-undang yang mengawal pemajuan dan pembelian rumah, ia tidak melindungi pembeli. Ia menganiayai pembeli. Di dalam perbahasan persidangan parlimen bulan Disember lepas, saya memohon satu skim insurans atau ganti rugi digubal untuk membantu pembeli rumah terbengkalai. Wakil rakyat BN tak sokong pun, kata bukan tanggung jawab kerajaan kerana masalah ditimbulkan pihak pemaju, kenapa kerajaan perlu tanggung menggunakan guna duit rakyat. Kalau tidak boleh dahulukan rakyat jangan cakap pencapaian diutamakan. Kalau tidak keluarkan duit rakyat untuk bantu rakyat, perketatkan undang-undang atau ujudkan polisi yang adil kepada rakyat.

Kerajaan seolah-olah merestui perkara ini berlanjutan puluhan tahun dengan enggan bertindak terhadap pemilik dan pengarah-pengarah syarikat perumahan. Menjadi pengetahuan umum yang pemilik dan pengarah syarikat perumahan yang dikatakan bangkrap ini akan terus bermain di pesada industri perumahan. Mereka boleh menubuhkan syarikat pemaju perumahan baru dengan memakai proksi yang tiada sejarah hitam yang memang bersih. Hakikatnya mereka terlepas dari tindakan undang-undang kerana tiada undang-undang dalam Negara ini yang mempertanggung jawabkan mereka di atas kecuaian dan amalan pengurusan buruk yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Saya tertanya juga Dato’ yang di Pertua, kenapa Pengarah Pengurusan syarikat tidak boleh dipertanggung jawabkan bila projek perumahan gagal? Kenapa pihak bank tidak menjadikan mereka penjamin kepada pinjaman syarikat  bila memohon pembiayaan projek perumahan. Kenapa setiap kali projek perumahan gagal, yang menanggungnya ialah pembeli sahaja, pemaju terlepas.? Pihak bank tetap mendapat bayaran balik. Peminjam menanggung segala kerugian dan kepayahan. KPKT tidak dapat buat apa-apa terhadap pemaju. Beritahu Dewan ini berapa buah syarikat pemaju atau pengarahnya pernah diheret ke mahkamah dan apa tuduhan yang dikenakan dan apa hukuman yang mereka terima?

Mungkin bila ditanya, ada pihak akan menjawab, pemaju pun bukannya sengaja atau mahu projek mereka tidak siap. Kerajaan sudah mengadakan pelbagai peraturan dan langkah untuk memantau kemajuan projek. Ini tidak mencukupi dan jika kita tinjau jawapan-jawapan mengenai jumlah rumah terbengkalai kepada KPKT perkara ini masih berlaku. Masalah ini bukan baru. Sudah berdekad. Namun Kerajaan enggan melaksanakan dasar BTS/ bina dan jual kepada pemaju atas alasan ia akan melembabkan industry pembinaan dan kalau dilaksanakan hanya syarikat bermodal tinggi sahaja yang akan mampu menjadi pemaju rumah dan akan menyebabkan monopoli dan harga rumah akan naik. Ini seolah-olah memberi tanggapan yang menteri atau kerajaan tiada kuasa untuk menetapkan harga rumah atau dengan sengaja tidak mahu menentukan dasar penetapan harga rumah. Pada masa yang sama kerajaan mengatakan yang harga rumah sentiasa dipantau tetapi tertakluk kepada harga pasaran. Sungguh mengelirukan.

POLISI BTS@BINA DAN JUAL
Di Negara kita, cadangan untuk membina BTS (Bina dan jual) rumah sudah bercambah dari tahun Sembilan puluhan lagi 1990’s. Persatuan Kebangsaan Pembeli rumah dan Perstuan Pengguna (atau National House buyers association HBA) sudah lama memperjuangkan isu konsep BTS. Hingga kini sudah 20 tahun perjuangan mereka. Malaysia masih tidak kemana. Kerajaan enggan mengenakan polisi yang mewajibkan pembinaan rumah secara BTS ini dan hanya membiarkan REHDA (Real Estate and Housing Developers Association) yang menentukan bila mereka bersedia untuk melaksanakannya.  Berbagai alasan yang mereka berikan dan kerajaan menerima bulat-bulat tanpa sedikit pun mahu mengenakan tekanan ke atas mereka.
Di Singapura konsep pembinaan rumah secara DBSS (Design,Build and sell Scheme ) bermula sejak tahun 1960an lagi. Walaupun konsep pasaran bebas diamalkan di Singapura, namun dalam mendahulukan rakyat, jelas yang di dalam  polisi merumahkan rakyat terbanyak, jiran kita lebih maju dan terkedepan 30 tahun. Mungkin mereka terpaksa berbuat demikian kerana tanah Singapura sekangkang kera dan Malaysia mempunyai tanah yang banyak.

MY FIRST HOME /POLISI RUMAH PERTAMA KU
Pengumuman Perdana Menteri di dalam bajet 2011 pada Disember yang lepas seolah-olah memberi kelegaan kepada golongan muda. Pinjaman 100% kepada golongan Muda berpendapatan bawah RM3000 sebulan untuk pekerja SWASTA untuk membeli rumah berharga di antara RM100,000 ke RM220,000 dan memanjangkan masa bayaran balik sehingga 35 tahun hingga ke generasi selepas peminjam pun boleh dipertimbangkan. Sekali pandang memang nampak seolah-olah akan menyelesaikan sebahagian masalah pemilikan rumah. Kita tidak menafikan yang sebahagian daripada golongan muda yang tinggal di luar kota besar akan mendapat faedah dari skim Rumah Pertama ku ini. Yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, Ipoh dan lain-lain Bandar akan terpaksa tinggal jauh dari Bandar untuk membeli rumah dalam lingkungan kos ini. Masalahnya dibandar-bandar besar rumah di dalam lingkungan kos ini sudah tiada atau amat sedikit berbanding dengan permintaan. Di lembah Kelang ini pun, harga purata rumah ia lah RM390,000 (mengikut CAP). Kajian Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA), harga purata rumah teres di Lembah Kelang suku akhir 2011 ialah RM430,000.

 Memang banyak rumah yang dibina tetapi nisbah rumah mampu dibeli dengan permintaannya sangat tidak sepadan. Ini telah dibuktikan dengan Jawapan kepada soalan bertulis saya kepada KPKT pada bulan Disember 2010 yang menunjukkan dari 2,875,600 unit rumah yang telah dibina di Lembah Kelang di antara tahun 2005 hinggan bulan ogos 2010, 80% (2,296,900 buah) adalah kos rumah harga tinggi. Rumah kos sederhana hanya 10%  dan rumah kos rendah juga hanya 10% sahaja. Bagaimana pihak kerajaan boleh meluluskan permohonan sebegini apabila 40% daripada rakyat kita masih berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan. Saya kira rumah di antara RM100,000 ke RM220 jatuh di bawah kategori rumah kos sederhana. Ini bermakna pekerja swasta yang berpendapatan isi rumah RM3000 sebulan tidak akan dapat membeli rumah di lembah Kelang. Mereka kena beli rumah di MERU, SERENDAH, KUALA SELANGOR dan pekan-pekan lain di luar KL dan berulang kerja berpuluh KM. Dengan masalah pengangkutan awam yang tidak efisien dan harga petrol yang tinggi, adakah kumpulan ini akan ada “disposable income” @ pendapatan boleh belanja lagi selepas membayar pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan lain-lain perbelanjaan perlu? Saya skeptical dengan skim ini. Ia hanya indah khabar dari rupa.

Paling akhir pengerusi REHDA sudah awal-awal lagi mengatakan kajian REHDA dikalangan ahlinya menjangka harga rumah akan melonjak 20% dalam enam bulan pertama tahun ini disebabkan kenaikan harga petrol dan bahan binaan. Malah mereka dari awal mengatakan yang mereka tidak boleh bina rumah yang berharga RM200,000 di  Lembah Kelang kerana kos tanah yang tinggi. REHDA awal-awal lagi meminta kos rumah yang dibenarkan di bawah skim ini di tingkatkan ke RM350,000. Kalau ini dibenarkan oleh pihak kerajaan, bermakna samada peminjam di bawah skim ini akan makan pasir atau bayaran balik hanya boleh diselesaikan oleh generasi kedua!

Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan polisi ini disokong oleh pihak pemaju? Apakah polisi kerajaan untuk memastikan nisbah rumah mampu milik dengan jumlah pembeli mencukupi? Adakah kerajaan akan memastikan di dalam melaksankan “greater KL” nanti peruntukan kawasan perumahan kos rendah sederhana dan rendah dibina berhampiran dengan laluan MRT dan tidak hanya mementingkan pembinaan kawasan perniagaan semata-mata.? Apakah polisi kearajaan untuk memastikan yang rumah kos rendah dan sederhana dimajukan berhampiran pusat-pusat Bandar dan aktiviti ekonomi. Skim ini akan gagal jika pihak kerajaan tidak mewujudkan kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan sederhana ini di tanah-tanah milik institusi kerajaan seperti di RRI dan Sg Besi. Jangan apabila kawasan ini dibangunkan ianya dipenuhi dengan rumah tidak mampu milik rakyat. Nanti hanya yang kaya akan tinggal di KL dan pusat-pusat Bandar.

Trend pembangunan Bandar di Negara ini telah menunjukkan setiap kali sesebuah kawasan dibangunkan, rumah atau pangsapuri yang dibina berhampiran dengan nadi ekonomi terlalu mahal dan tidak mampu dibeli golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Penduduk yang telah lama tinggal di situ akan di usir dan dipindahkan di satu tempat yang jauh dari tempat mereka mencari rezeki.  Kerajaan terlalu memberi muka kepada pemaju hingga mengabaikan golongan berpendapatan rendah. Sekarang trend memajukan kawasan ladang-ladang beribu-ribu ekar, yang dahulunya memberi tempat tinggal berpuluh tahun kepada pekerja ladang, bila hendak dibangunkan pemilik enggan memberi tanah untuk rumah dan ganti rugi yang diberikan terlalu sikit, tidak dapat beli rumah kos rendah pun… kalau dulu pekerja ladang tergolong sebagai golongan luar Bandar yang miskin , bila kawasan mereka dimajukan, mereka jadi golongan miskin Bandar pula. Kita lihat sekarang bagaimana pekerja estet di Sepang diberi gantirugi hanya RM11,000 sebagai ganti rugi….

Saturday, May 7, 2011

Ingin Menjadi Datin?

Hehehehehehehheeee.....macam tak percaya jer.  Masa aku tengah jalan-jalan window shopping kat jalan TAR tiba-tiba nampak iklan nih.  So apa lagi...aku pon snap ler untuk tatapan u all.  So, para gadis, ibu tunggal atau sesapa saja yang single and available kat luar sana kalau rasa nak dapat tittle datin segera, pi la cuba call.  Manalah tau memang betul, rezeki u all dapat jadi mak Datin segera (betul ke tak betul ke cuba atas risiko sendiri yer....akak tak tau). Hehehehehehhehehehe, macam-macam, iklan camnih pun boleh ada siap ada gelaran Dato' tu yang akak tak tahan.


Friday, May 6, 2011

Cerita Ketam dan Udang.

Kepada para penggemar ketam dan udang, anda sumer mesti terkezut bila tau tentang citer nih.  Termasuklah aku sendiri, memang terkezut besar bila dapat tau pasal nih. Jeng...jeng...jeng.....Pada hari petang Rabu 4/5/2011, secara tak sengaja aku telah menonton National Geographic di TV1.  Kali ini NG punya dokumentari pasal kajian tentang DNA.  So........saintis ni mula la membuat kajian ke atas mayat manusia.  Kajian pertama mengkaji DNA mayat manusia di daratan.  Macam yang kita semua tahu, yang bertugas mereputkan mayat seperti ulat berengga (ulat dari lalat) adalah serangga pertama yang mereputkan mayat.  Kemudian diikuti pula dengan serangga-serangga lain.  Masa tengok tu, saintis tu relax jer pi amik ulat-ulat kat mayat pastu simpan dalam botol. 

Hah....ni yang seterusnya. Kajian kat darat dah dibuat, sekarang saintis nak buat kajian DNA mayat manusia di lautan pulak.  So diorang pon tenggelamkan mayat di lautan bersama dengan kamera sekali.  Mak! aiiiiiiii terkezut sungguh bila aku tengok hidupan laut yang pertama makan mayat tuh ialah ketam, gluprrrrrrrrrr.... pastu diikuti pula dengan udang, sotong kurita dan tapak sulaiman.  Alamak baru teringat weekend tadik baru jer aku makan ketam dan udang, bukan main manis lagi rasanya.  La.... patutla orang-orang Arab tak makan ketam dan udang dan diorang panggil ulat laut.  Rupanya spesis ni kat laut adalah ulat-ulat (seperti berengga) yang mereputkan segala bangkai termasuklah mayat manusia.


Patutlah ketam ada penyepit, rupanya kegunaan penyepit ketam ni untuk mencarik-carik bangkai/mayat kemudian barulah senang ketam nak makan.  Lepastu kita manusia pula makan ketam.....

Udang ni kalau masak sambal petai lagi sedap tapi iskkkkkkkk ari tu tengok bukan main lagi udang-udang ni makan mayat dengan rakusnya.  Hem...patut la udang ni sedap dan manis rasanya.

Thursday, May 5, 2011

Kematian Osama Dunia Menjadi Aman?

Dunia digemparkan dengan berita kematian Osama bin Laden.  Walaubagaimanapun berita kematian Osama masih disangsikan, adakah ini merupakan propaganda Amerika atau sebaliknya.  Jika benar Osama telah meninggal dunia, sebagai umat Islam kita harus mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat.  Samada beliau terlibat dengan keganasan biar Allah SWT yang menentukannya.  Sehingga kini, saya sendiri masih dalam keraguan samada adakah benar Osama telah terlibat dalam tragedi 9/11.

Apa yang jelas sekarang ini dah telah terbukti Israel dan Amerika telah terlibat dengan beberapa siri keganasan.  Israel secara terang-terangan telah mencabul kedaulatan bumi Palestin dan pihak Amerika juga telah mencabul kedaulatan bumi Iraq dengan mendakwa Iraq mempunyai kilang senjata api sendiri tetapi sehingga kini tidak dapat dibuktikan lagi.  Dan yang paling terbaru pihak Amerika telah memulakan serangan ke atas Libya, walhal di bumi Arab sekarang ini sedang bergolak untuk menggulingkan pemimpin masing-masing.  Hemmmmmmm?????? kenapa Amerika tidak menyerang negara lain yang bergolak juga yerr?

Kepada pihak-pihak yang mengatakan dengan kematian Osama, dunia akan menjadi aman semula adalah suatu perkara yang dangkal.  Libya dan Timur Tengah sedang bergolak, Osama ke yang menjadi dalangnya? Palestine sentiasa bermandi darah, Osama ke yang serang?  Selatan Thai sentiasa bergolak, Osama ke yang memberontak? Banyak lagi negara-negara lain yang masih tidak aman, Osama yang punya angkara ke?  Dan lagi satu perkara yang masih saya musykilkan, kenapa Amerika tidak menangkap Osama kemudian dibawa ke muka pengadilan seperti yang dilakukan kepada Saddam Hussin?

Osama bin Laden.  Saja tak nak letak gambar terbaru, ngeri sungguh.

Monday, April 11, 2011

Telur palsu dan akan menyusul mungkin beras palsu dari China

Apa nak jadi dunia sekarang nih!  Setakat barang untuk dipakai seperti beg, kasut, baju, kaki, tangan bla..bla..bla palsu aku boleh terima lagi tapi sekarang sampai makanan pon boleh kasi palsu cam baru-baru ni kita digemparkan dengan telur palsu.  Tak semenggah betul la diorang nih, asyik kira untung jer sampai nak bunuh orang lain pun diorang ni tak kisah.  "Ader aku kisah, janji poket aku masyuk".  Kalau telur palsu tu kalau makan lagi berkhasiat takper cam ble jadi supplement ke kira orait gak, ni bahan-bahan nak membuatnyer dari chemical.Agak-agaknyer tokey telur palsu tu tergamak tak nak makan telur ciptaannyer sendiri.
Kalau telur palsu ni dah masuk skali dalam nasi lemak, camner kita nak perasan yer...
Ni la bahan-bahan buat telur palsu: banyak bahan kimia
Kat China siap buat kelas membuat telur palsu bayar yuan 30 jer dah boleh jadi usahawan telur palsu

Ni ha aku baru terjumpa di tenet yang beras palsu pun dah ader di China.  Harap-harap masih tak masuk lagi ke Malaysia. 
Brown rice 500x333 China Creates Fake Rice, No One Really Shocked picture
Inilah rupa bentuk beras palsu

Mengikut sumber tu, beras ni diperbuat dari ubi keledek (ok lagi) campur dengan PLASTIK untuk mendapatkan bentuk seperti beras.  Alahai...............saper ke yang nak makan plastik ni wei!  Lepas ni nanti akan keluar la susu tepung tiruan, epal tiruan, tepung gandum tiruan bla...bla...bla.....

Thursday, April 7, 2011

Zara going to the shopping mall.

I am 9 months old now, yay...... I am getting bigger and smarter than before.  I can crawl almost  all available spaces inside my house very fast just in few minute. Unfortunately I am still unable to walk, huhuhu but I will put my very strong effort learning to walk.   I always keep my mom busy looking  after me and my favourite spot is the kitchen. Then my mom yell at me "Zara don't go to the kitchen".  Actually I would like to tell you all that I like to shake my leg, especially when I feel so happy.  Going to the mall is one of many things makes me feel so happy.  My dad used to put me in the shopping cart and my sisters push the cart around the shopping mall. la..la...la...la....


Wednesday, April 6, 2011

Baby comey @ train

Recently dah last minute my hubby tak dapat ambil I kat opis so terpaksalah naik komuter, the only public transport near to my house.  Argggggggggghhhhhhh....bercinta sungguh bila kena naik  komuter nih, memang banyak problem selalu, typical problem with our tren is punctuality, always behind the schedule. Walaupun aku dah lama tak naik, kenkadang jer naik kalau ader kes emergency cam nih tapi aku dah dapat agak sure takder improvement punyer.  Ye la tru kengkawan yang terpaksa naik komuter hari-hari diorg sentiasa jer rasa tak puas hati, ye la dengan schedule delay memanjang (especially waktu peak hour orang balik kerja), banyak kes tren selalu blackout la (ini aku memang pernah kena) bla...bla..bla....  So hari tu, nak tak nak terpaksalah melangkahkan kaki naik tren.  Memang tepat jangkaan aku delay lagi, 1 jam aku tunggu wei tren tak sampai-sampai, orang makin lama makin ramai nih.  So bila sampai jer tren apa lagi macam tong sardin orang berasak-asak nak naik tren, orang semua dah tak sabar, penuh pun penuhla tren tu janji dapat masuk nak balik rumah.  Yang mencuit hati aku pada hari kejadian berasak-asak dalam tren ada couple ni cam orang dari middle east  naik tren yang sesak ni bersama dengan baby yang berumur 3 bulan (sempat gak aku interview maknyer, he...he..he..) Sian aku nengok baby boy yang comey tu kena berasak-asak kat dalam tren.  Walaupun parent dia letakkan baby boy tu dalam stroller tapi sampaikan orang ramai jadikan strolley baby tempat pemegang tangan (termasuklah aku juga, dah takder choice then memang sesak tak boleh nak gerak lagi dah).  Mari kita tengok baby boy kat dalam tren tuh......


Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat PIBG di Sekolah Kakak

Salam semua.  Baru-baru ini pergi ke sekolah anak yang sulung (kakak) untuk mesyuarat PIBG atau persatuan ibu bapa.  Alhamdulillah kakak dah masuk tahun ke 2 di MITIB (Maahad Intergrasi Sains & Teknologi Istana Bandar), Banting Selangor.  Ingat lagi masa mula2 kakak nak mohon MITIB ni amatlah sukar, kena pergi interview 3 hari 2 malam di ILDAS (Institut Dakwah Islamiyah Selangor) Sabak Bernam.Waktu tu kakak tengah sakit kaki lagi (alergik), kesian kakak.  Kakak kata waktu temuduga memang sukar, dari amal Islami, hafazan, syarahan, matematik, sains dan bermacam lagi kriteria yang diperlukan untuk memasuki MITIB.  Mama tanya kakak, "macamana, agaknya kakak dapatke masuk MITIB ni?".  Kakak jawab, "entahlah mama, kakak rasa macam tak dapat jer, sebab ada sekali kakak terlambat sikit pergi qiamulai". "Lagipun ustazah ada tanya kakak kenapa nak belajar di MITIB?, kakak tak tau nak jawab apa, kakak katajer lah mama yang suruh" tambah kakak lagi.  He...he....he....lucu jawapan kakak tu.  Kan mama beritahu kakak, kakak pergi jer program ni, kerana selain untuk temuduga kemasukkan ke MITIB ia juga program motivasi.  Kalau kakak tak dapat masuk pun tak apa, mama tak paksa kakak.  Kakak boleh buat pilihan kakak sendiri.  Alhamdulillah, mama rasa bersyukur sangat kerana akhirnya kakak telah memilih MITIB, walaupun pada mula hati kakak berbelah bagi samada pergi ke sekolah berasrama penuh lain atau MITIB. Pada awal kakak menjejaki kaki di MITIB, mama tahu kakak rasa payah sekali.  Bukan saja kakak terpaksa berdikari, ditambah lagi dengan pembelajaran MITIB yang begitu padat kerana mengamalkan 3 jenis kurikulum KBSM, Al-Azhar dan Tahfiz.  Mama pun pada mulanya risau juga, boleh ke kakak belajar semua ini.  Kerisauan mama terjawab juga sewaktu sesi induksi bersama ibu bapa, di mana salah seorang ustaz menerangkan akan hikmah apabila belajar berteraskan Al-Quran.  Ustaz menerangkan di zaman kegemilangan Islam, semua cendikiawan Islam yang terbilang adalah seorang Hafiz, jadi mengapa di zaman ini ramai orang Islam sendiri yang ragu-ragu dan takut untuk menjadikan anak mereka seorang hafiz atau hafizah.  Ustaz juga turut meyakinkan semua ibu bapa, apabila anak-anak seorang hafiz atau hafizah kecerdasan minda mereka juga akan menjadi lebih tinggi. Nah hasilnya, lulusan sulung PMR 2010 sekolah ini begitu cemerlang. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar yang menduduki PMR, 15 pelajar mendapat 9A, 12 pelajar 8A seterusnya 7A, 6A, 4A dan lain-lain. Keputusan lulus 100% hanya sebilangan kecil pelajar yang mendapat C.  Misi MITIB untuk melahirkan generasi profesional Quranik memang begitu   bertepatan. Begitu ramai anak muda di luar sana tak kira golongan profesional atau biasa yang bobrok moral mereka.  Harap ibu bapa di luar sana berusahalah mendapatkan pendidikan berteraskan Al-Quran untuk anak anda.  Saya tahu amat sukar untuk mendapatkan sekolah sebegini kerana sistem pendidikan kita hanya menjadikan Al-Quran atau Islam subjek sampingan.Saya percaya masih ramai lagi ibu bapa yang phobia dengan sistem pendidikan Islam ini kerana saya pernah ditanya adakah saya tidak takut menghantar anak ke sekolah Tahfiz kerana berkemungkinan sukar mendapat pekerjaan. Terkedu juga mendengar soalan sebegini, saya hanya menjawab Insyallah, rezeki Allah di mana-mana, Allah lagi mempermudahkan rezeki kita jika  mengamalkan Al-Quran.Lagipun bukankah kita sekarang semakin hampir ke akhir zaman di mana  pemerintahan Khalifah akan bermula lagi dan Islam akan gemilang seperti dahulu. Semoga Allah memakbulkan cita-cita melahirkan generasi Al-Quran ini. Amin.

Baby Zara pun sebok bermesyuarat

Baby Zara pon nak berposing dengan kakak dan kawan-kawan

Dewan mesyuarat

Friday, March 18, 2011

Sakura

Dear Sakura,
I know your pain
I know sadness
and I know your losses
Everyone your love, gone by the wave
But Sakura,
I m really miss your lovely smiling face
and I m really hope you will smile again...

Wednesday, March 16, 2011

"Triangle of Life" - What To Do During an Earthquake

Folks, please SHARE,SHARE,SHARE this with your loved ones.  Received 
this article from my friend recently.  The earth now is so unpredictable.  I bet 
most of us have zero knowledge on how to save our life during an earthquake.
Hope this information will open our mind on what to do during this emergency 
crisis.  This is a real eye opener perhaps it could save your life someday,
InsyaAllah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 "The Triangle of Life"


University of Istanbul Case Productions and ARTI cooperated to film 
this practical, scientific test. They collapsed a school and a home with
20 mannequins inside. Ten mannequins did 'duck and cover,' and ten 
mannequins were used in my 'triangle of life'survival method. After the 
simulated earthquake collapse we crawled through the rubble and 
entered the building to film and document the results. The film, which 
practiced my survival techniques under directly observable, scientific 
conditions ,relevant to building collapse, showed there would have been 
zero percent survival for those doing duck and cover. There would likely 
have been 100 percent survivability for people using my method of the 
'triangle of life.' This film has been seen by millions of viewers on 
television in Turkey and the rest of Europe,and it was seen in the USA , 
Canada and Latin America on the TV program Real TV.  


1) Most everyone who simply 'ducks and covers' when building 
collapse are crushed to death. People who get under objects, 
like desks or cars, are crushed.


2) Cats, dogs and babies often naturally curl up in the fetal position. 
You should too in an earthquake. It is a natural safety/survival 
instinct. You can survive in a smaller void. Get next to an object, 
next to a sofa, next to a bed, next to a large bulky object that will 
compress slightly but leave a void next to it.


3) Wooden buildings are the safest type of construction to be in 
during an earthquake. Wood is flexible and moves with the force 
of the earthquake. If the wooden building does collapse, large 
survival voids are created. Also, the wooden building has less 
concentrated, crushing weight. Brick buildings will break into 
individual bricks. Bricks will cause many injuries but less 
squashed bodies than concrete slabs.


4) If you are in bed during the night and an earthquake occurs, 
simply roll off the bed. A safe void will exist around the bed. 
Hotels can achieve a much greater survival rate in earthquakes, 
simply by posting a sign on the back of the door of every room 
telling  occupants to lie down on the floor, next to the bottom 
of the bed during an earthquake.


5) If an earthquake happens and you cannot easily escape by 
getting out the door or window, then lie down and curl up in 
the fetal position next to a sofa, or large chair.


6) Most everyone who gets under a doorway when buildings 
collapse is killed. How? If you stand under a doorway and the 
door jam falls forward or backward you will be crushed by the 
ceiling above. If the door jam falls sideways you will be cut in 
half by the doorway. In either case, you will be killed!


7) Never go to the stairs. The stairs have a different 'moment 
of frequency' (they swing separately from the main part of the 
building). The stairs and remainder of the building continuously 
bump into each other until structural failure of the stairs takes 
place. The people who get on stairs before they fail are chopped 
up by the stair treads - horribly mutilated. Even if the building 
doesn't collapse, stay away from the stairs. The stairs are a 
likely part of the building to be damaged. Even if the stairs are 
not collapsed by the earthquake, they may collapse later when 
overloaded by fleeing people. They should always be checked 
for safety, even when the rest of the building is not damaged.


8) Get near the outer walls of buildings or outside of them if 
possible - It is much better to be near the outside of the building 
rather than the interior. The farther inside you are from the 
outside perimeter of the building the greater the probability 
that your escape route will be blocked.


9) People inside of their vehicles are crushed when the road 
above falls in an earthquake and crushes their vehicles; which 
is exactly what happened with the slabs between the decks of 
the Nimitz Freeway. The victims of the San Francisco earthquake 
all stayed inside of their vehicles. They were all killed. They 
could have easily survived by getting out and sitting or lying 
next to their vehicles. Everyone killed would have survived if they 
had been able to get out of their cars and sit or lie next to them. 
All the crushed cars had voids 3 feet high next to them, except for 
the cars that had columns fall directly across them.


10) They also discovered, while crawling inside of collapsed 
newspaper offices and other offices with a lot of paper, that 
paper does not compact. Large voids are found surrounding 
stacks of paper.



"Triangle of Life":
Without listening or reading, simply by looking at the following self-explanatory 
photos, you can learn more than in a thousand words about how to protect 
yourself during a major earthquake...




If you are inside a vehicle, come out and sit or lie down next to it. If something falls on the vehicle, it will leave an empty space along the sides.
 :國際救援小組(ARTI),網址:http://www.amerrescue.org/ (ARTI)is said to be the World's most experienced rescue team and disaster management-mitigation organization.
Source: American Rescue Team International

Saturday, March 12, 2011

Dana untuk Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi

Gambar Cadangan pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Assalamualaikum semua.  Sesiapa yang berminat untuk menambah akaun ASA (Amanah Saham Akhirat), sudi-sudilah menghulurkan sumbangan untuk pembinaan masjid ini.  Masjid ini terletak di kawasan perumahan di Bandar Seri Putra, Bangi Selangor.  Kawasan ini memang masih tiada masjid lagi.  Dijangkakan pembinaan masjid ini akan bermula pada bulan April depan, tapi masih lagi kekurangan dana. Kepada anda semua yang ingin menambah ASA anda segeralah melakukannya dengan menyumbang untuk pembinaan masjid ini.  Keterangan lanjut mengenai Masjid sila layari: http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Allah berfirman, "Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak diiringi apa yang diinfakkannya dengan menyebut-nyebutnya, mereka memperolehi pahala dari Tuhan mereka" (Al-Baqarah: 262)

Masukkan terus infak anda ke dalam akaun Masjid al-Mustaqim:
Maybank Islamic: 562834504024
CIMB Islamic: 12370000608108
BIMB: 12029010059585 


Hubungi Bendahari jika memerlukan resit pembayaran dan keterangan lanjut:
En. Ahmad Nizam 019-2462115 

Monday, March 7, 2011

My Butterfly ATCs are Ready To Go

Finally I have done with my butterfly ATC project.  I have made a different kind of design for this ATC.  I  used a water colour + my drawing pen for this ATC. Even the closing date still far away (end of March), I think I will post it right away to Mangosteenskin.  This is my first time ATC project so I m really excited about it.  Hopefully, the person who will get my ATC will love it. Here are my butterfly ATCs...




Sunday, March 6, 2011

Flower Arrangement

Yay! I got a new flower arrangement for my house.  It's very simple and easy to do it.  Just using a stalks of peach colour lily flowers and added black decorative sticks.  For this flower arrangement, I used a high size see through glass vase.
Simple Flower Arrangement  of Lily Flower

i

Thursday, March 3, 2011

The Sea # 1

"The Sea"
Really have no idea, what I m going to draw.  Only this that I can think of, cuz I always wonder about life under the sea.

Wednesday, March 2, 2011

Sketch for my daughter

Recently, my daughter asked me to draw something for her @ very late night.  I was so sleepy & tired but she insisted to get my drawing done.  She wanted me to draw a seaside scenery with a family having a picnic during the sunset.  She also wanted me to draw a crab, shell and snail.  Hai ya! this girl..............hummmm but I love her so much and then I did whatever I could think of just like her wished.  I knew it turned out so terrible but I still wanna it to become my entry, just for fun