Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tassawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah, walhal mereka sering berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:
Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haqNya.
Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
Ketiga: Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal denganya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kesembilan: Kamu bangun kamu dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.
No comments:
Post a Comment