Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat PIBG di Sekolah Kakak

Salam semua.  Baru-baru ini pergi ke sekolah anak yang sulung (kakak) untuk mesyuarat PIBG atau persatuan ibu bapa.  Alhamdulillah kakak dah masuk tahun ke 2 di MITIB (Maahad Intergrasi Sains & Teknologi Istana Bandar), Banting Selangor.  Ingat lagi masa mula2 kakak nak mohon MITIB ni amatlah sukar, kena pergi interview 3 hari 2 malam di ILDAS (Institut Dakwah Islamiyah Selangor) Sabak Bernam.Waktu tu kakak tengah sakit kaki lagi (alergik), kesian kakak.  Kakak kata waktu temuduga memang sukar, dari amal Islami, hafazan, syarahan, matematik, sains dan bermacam lagi kriteria yang diperlukan untuk memasuki MITIB.  Mama tanya kakak, "macamana, agaknya kakak dapatke masuk MITIB ni?".  Kakak jawab, "entahlah mama, kakak rasa macam tak dapat jer, sebab ada sekali kakak terlambat sikit pergi qiamulai". "Lagipun ustazah ada tanya kakak kenapa nak belajar di MITIB?, kakak tak tau nak jawab apa, kakak katajer lah mama yang suruh" tambah kakak lagi.  He...he....he....lucu jawapan kakak tu.  Kan mama beritahu kakak, kakak pergi jer program ni, kerana selain untuk temuduga kemasukkan ke MITIB ia juga program motivasi.  Kalau kakak tak dapat masuk pun tak apa, mama tak paksa kakak.  Kakak boleh buat pilihan kakak sendiri.  Alhamdulillah, mama rasa bersyukur sangat kerana akhirnya kakak telah memilih MITIB, walaupun pada mula hati kakak berbelah bagi samada pergi ke sekolah berasrama penuh lain atau MITIB. Pada awal kakak menjejaki kaki di MITIB, mama tahu kakak rasa payah sekali.  Bukan saja kakak terpaksa berdikari, ditambah lagi dengan pembelajaran MITIB yang begitu padat kerana mengamalkan 3 jenis kurikulum KBSM, Al-Azhar dan Tahfiz.  Mama pun pada mulanya risau juga, boleh ke kakak belajar semua ini.  Kerisauan mama terjawab juga sewaktu sesi induksi bersama ibu bapa, di mana salah seorang ustaz menerangkan akan hikmah apabila belajar berteraskan Al-Quran.  Ustaz menerangkan di zaman kegemilangan Islam, semua cendikiawan Islam yang terbilang adalah seorang Hafiz, jadi mengapa di zaman ini ramai orang Islam sendiri yang ragu-ragu dan takut untuk menjadikan anak mereka seorang hafiz atau hafizah.  Ustaz juga turut meyakinkan semua ibu bapa, apabila anak-anak seorang hafiz atau hafizah kecerdasan minda mereka juga akan menjadi lebih tinggi. Nah hasilnya, lulusan sulung PMR 2010 sekolah ini begitu cemerlang. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar yang menduduki PMR, 15 pelajar mendapat 9A, 12 pelajar 8A seterusnya 7A, 6A, 4A dan lain-lain. Keputusan lulus 100% hanya sebilangan kecil pelajar yang mendapat C.  Misi MITIB untuk melahirkan generasi profesional Quranik memang begitu   bertepatan. Begitu ramai anak muda di luar sana tak kira golongan profesional atau biasa yang bobrok moral mereka.  Harap ibu bapa di luar sana berusahalah mendapatkan pendidikan berteraskan Al-Quran untuk anak anda.  Saya tahu amat sukar untuk mendapatkan sekolah sebegini kerana sistem pendidikan kita hanya menjadikan Al-Quran atau Islam subjek sampingan.Saya percaya masih ramai lagi ibu bapa yang phobia dengan sistem pendidikan Islam ini kerana saya pernah ditanya adakah saya tidak takut menghantar anak ke sekolah Tahfiz kerana berkemungkinan sukar mendapat pekerjaan. Terkedu juga mendengar soalan sebegini, saya hanya menjawab Insyallah, rezeki Allah di mana-mana, Allah lagi mempermudahkan rezeki kita jika  mengamalkan Al-Quran.Lagipun bukankah kita sekarang semakin hampir ke akhir zaman di mana  pemerintahan Khalifah akan bermula lagi dan Islam akan gemilang seperti dahulu. Semoga Allah memakbulkan cita-cita melahirkan generasi Al-Quran ini. Amin.

Baby Zara pun sebok bermesyuarat

Baby Zara pon nak berposing dengan kakak dan kawan-kawan

Dewan mesyuarat

1 comment:

  1. Salam, Alhamdulillah anak dapat masuk MITIB, anak saya pun bersekolah di SRAI. Saya berminat nak hantar anak ke MITIB ni.. Nak tanya bagaimana syarat kemasukan MITIB ni dan pengalaman memohon?. TQ

    ReplyDelete