Monday, December 6, 2010

Dekor di pejabat


Syarikat lama aku dulu sering mengadakan pertandingan meja kerja kakitangan yang paling cantik sempena Hari Alam Sekitar.  Semua kakitangan seboklah menghias meja kerja masing-masing.  Ini termasuklah aku.  Nah! inilah hasilnya, walaupun tak menang, dapat saguhati jer.uhuk...uhuk...uhuk.


Aku siap letak mini air terjun atas meja. Frame gambar tu semua buat sendiri cut & paste.


Aku kalau buat hiasan ke apa ke, memang tak sah kalau tak letak ranting. he..he..he..


Nampak tak kat bawah meja pun aku letak foot refleksilogi. 

Balang ikan juga aku letak di atas meja dan pokok keladi bunting aku letak dlm balang.  Aku bela ikan laga di dalamnyer.

Sudut sisi bahagian bawah workstation aku.  Siap berpagar gitu.


Kertas border yang aku lekat kat partisen ni sebenarnya dari shopping bag.

Ala aku tak simpan gambar pemenang workstation, yang ada gambar ni jer.  Focus point yang dia buat simple jer, letakkan gambar dengan hook langsir dan masukkan dalam balang kosong (cam balang horlick jer) dan juga pasir dan batu-batu sungai.  Depannya pula dia letak bekas cam kuali kecil yang tak guna di rumah, isi air dan ala aku lupa lak nama pokok air nih.  Hemm... nanti aku cari namanya.

2 comments:

  1. slm bleh x share ngan sy kt mana awk beli balang ikan tu? Brapa rm? Tq

    ReplyDelete
  2. cantiknya..suka tgk balang ikan tu..

    ReplyDelete