Monday, December 6, 2010

Kembara ke Gua Tempurung

Pemandangan Gua Tempurung dari luar
Sebenarnya aku pergi gua Tempurung (GT) ni pada tahun lepas, coz baru ada blog la ni baru nak cerita balik. kui...kui..kui..  Pergi dengan teman-teman lama ex-oficemate. Alamak sorry la kengkawan, aku terlambat sket pada pagi nak berlepas ke GT.  Memang ramailer yang kutuk aku coz lambat sangat, nak buat camner aku dah set jam tapi jam tak bunyi plak. Hem...apa lagi yer, ni ingat-ingat lupa la pulak, peristiwa lama sangat dah jadi sejarah.  Sampai jer aku kat Gopeng, kitaorang semua kena pasang khemah, hai tidur dalam khemah la pulak.  Lama dah aku tak tidur kat khemah, kali terakhir tidur kat khemah masa aku sekolah dulu, jambori pengakap.  Argh....memang tak boleh nak tidur, badan sakit tidur atas tanah.  Malam tu sebelum tidur adalah juga aktiviti yang si lanceng buat, aktiviti kotak beracun.  Ada yang kena menari shuffle, menyanyi opera cina, ntah aper-aper lagi yang aku pun dah tak ingat dah.

Kesian diorang kena tunggu aku lewat sampai termenung menongkat dagu.


Tapak perkhemahan kitaorang memang best sebab dekat dengan sungai.  So rasa nak mandi jer kitaorang terus terjun ke dalam sungai.  Sungai pun cetek sampai paras pinggang, tu yang aku berani-berani main mandi-manda kat sungai.  Kalau ikutkan aku ni penakut ngan air, bukan ape takut lemas. He...he...he...  Hemm....apa yer lagi, ooo baru ingat.  Aktiviti seterusnya yang dirancang memang best dan takut giler.  Kitaorang semua telah pergi ke air terjun yang aku tak ingat namanya untuk melakukan aktivit absailing.  Tinggi tu air terjun yang aku pergi, lepastu diorang suruh sorang-sorang turun dari puncak air terjun sampai ke bawah.  Dah la sejuk, menggigil aku luar dan dalam.  Gayat sungguh, tapi aku buat-buat cool jer.  Tengok akak-akak yang lain boleh buat takkan aku tak boleh. Fuh...lega akhirnya dapat juga aku turun dengan selamat. Lupa nak bagitau, aku dan kengkawan naik lori, pergh... memang syok giler.  Tak pernah dibuat dalam hidup aku naik lori macam ni.  Rasa macam PATI pun ader...

Inilah hotel 5 bintang yang aku tidur malam tuh.
Semua dah kelaparan nih.

Ni la kenderaan rasmi kitaorang.

PATI naik lori

Sungai Gopeng

Amboi khusyuk sungguh dengar abg instruktor bagi penerangan camne nak pakai safety belt.  Penting nih tuk keselamatan nanti tak balik plak, tu yang semua muka serius sampai ader yang terlopong la.

Akhirnya berjaya juga aku buat absailing nih, walaupun lutut ketaq.he..he..he..

Inilah rupa air terjun yang aku kena turun dengan tali tu, seingat aku diorang kata tingginya cam flat 4 tingkat. Tinggi tu wei....

Walau pun seram, gayat, takut, basah kuyup, sejuk menggigil tapi best sangat absailing nih.

Ni aktiviti malam, main kotak beracun.  Amboi shuffle bang jangan tak shuffle....

Hari yang berikutnya, naik lori lagi aku pergi ke GT.  Ingat masuk dalam gua ni setakat gelap jer dan ada banyak kelawar, rupanyer lebih dari itu.  Lagi mencabar mental dan fizikal, kalau orang yang ada penyakit i.e sakit lutut ke, sakit ashma ke, lemah jantung dan seumpanya memang tak digalakkan ikut aktiviti ni.  Patutlah sebelum pergi ke GT ni lanceng ye,ye suruh kami semua buat latihan fizikal dulu.  Kitaorang pergilah berjogging turun naik bukit kat presint berapa aku lupa lak tapi kat Putrajaya la.  Manakan tidak, bila dah masuk dalam GT, kena naik tangga yang tinggi, turun ikut lubang kecil, melongsor dari tempat tinggi untuk turun ke bawah, mengharungi anak sungai dalam gua dengan merangkak, panjat kawasan tinggi, hei...bermacam-macam lagi lah yang aku kena buat untuk sampai ke penghujung GT.  Memang sesak nafas dibuatnya.


Possing dulu sebelum masuk gua, mana tau nanti keluar ader yang takder plak.

Inilah lubang kecik yang aku cerita setiap sorang kena turun ke bawah melaluinya.  Sebaik aku slim, he...he..he..perasan ler plak

Aikk...dalam gelap gelita pun sempat possing gak.

Baik-baik bang merangkak tu, lutut sakit ok lagi, tapi kalau bom meletup tak ke haru...kui..kui..kui


Akhirnya semua selamat juga sampai ke dunia luar.

Pengalaman kat GT ni memang sangat berharga, takkan aku lupa sampai bila-bila.  Walaupun peluh seluruh badan, dengan basah lagi, baju kotor lagi, sakit lutut ler dan berbagai-bagai cabaran dalam GT, tapi memang best giler pengalaman pergi GT ni. Kredit pada kelab kembara terutama sekali lanceng, coz dapat organise aktiviti yang ke ba boom sungguh.




No comments:

Post a Comment