Friday, December 24, 2010

Kelebihan Surah al-Kahfi

Banyak riwayat hadith sahih menegaskan akan kehebatan surah al-Kahfi dalam menyelamatkan umat muslimin dari fitnah dajjal yang akan muncul pada akhir zaman nanti.  Surah al-Kahfi sunat dibaca malam Jumaat atau siang Jumaat. Ia memelihara dari Dajjal. Dosa diampun dari Jumaat ini ke Jumaat depan dan ditambah 3 hari lagi. Mereka yang membaca surah ini akan mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah Subhanahu Wata'ala di sepanjang minggu tersebut dan akan memperolehi cahaya, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis maksudnya:

"Dari Abi Sahid Al Khudri katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat nescaya Allah Subhanahu Wata'ala akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat". (Riwayat Al-Imam Ad-Darimi)


Selamat beramal.

Tuesday, December 21, 2010

Minnesota Winter

I received this e-mail recently from my foster parent from the State.  Winter in Minnesota is pretty cold as usual because the state near to Canada (North of the US).  This is a short e-mail from them.

Hello,
Just thought I would let a few of you know what you are missing by not
being in Minnesota. Yes, Old Man Winter has been here now for a month
already. We had another seven inches of snow yesterday. Thank goodness
it was very light and easy to shovel away. The snow storm before that
one was a blizzard and the southern 2/3 of the state was shut down with
no travel. That was much of the cause of the dome football stadium
collapsing in Minneapolis. Most of the photos are our little house and
the garage.
Stay warm where ever you are.
LL













I use to stay at this house for 1 year.  All still the same just like before, no changes at all. Can you imagine that, I help them to shovel very deep snow.  Although is pretty hard job, but I have a fun to do that.  Soon I will post my photos taken at the State.

Monday, December 13, 2010

Krim Karamel Kegemaran Keluargaku

Suami dan anak-anak semua sangat suka makan krim karamel.  Sebelum aku tahu macamana nak membuatnya, aku sering membeli krim karamel.  Pantang jumpa orang jual krim karamel pasti aku terus membelinya.  Harga sepotong kalau beli dalam RM3-RM4.  Kalau beli sepotong memang tak cukup.  Hem...bayangkan sebelum ini aku terpaksa keluar duit lebih untuk  makan krim karamel.  Sedangkan cara membuatnya sangat mudah dengan kos bahan-bahan krim karamel sangat murah.  Resepi krim karamel aku ini, kakak ipar yang bagi.  Tapi aku telah ubah suai sedikit mengikut citarasa aku, he..he..he..

Bahan-bahan krim karamel;

6-7 biji telur ikut saiz

1 tin susu cair isian sejat
1/2 tin susu uht/susu segar/air (guna tin susu sejat)
1/2 tin susu gula (guna tin susu cair tadi)


3 penutup esses vanilla (guna penutup essen)

Cara membuatnya:

3 sudu gula untuk membuat karamel.  Panaskan terus gula atas  dulang.

Campurkan semua bahan, telur, susu, gula, essen.

Pukul bahan yang telah dicampurkan tadi sehingga sebati
Masukkan bahan yang telah dipukul ke dalam dulang karamel

Jika anda suka krim karamel anda bersarang, tabur sedikit gula sebelum kukus

Setelah pengukus berasap, masukkan krim karamel dan kukus sehingga 45 minit.

Oh ya, sebelum anda pukul semua bahan, elok anda panaskan dulu pengukus

Setelah masak guna pisau untuk cungkil disekeliling dulang agar mudah krim karamel dikeluarkan nanti

Ambil piring/pinggan lebar telangkupkan atas dulang
Buka dulang krim karamel yang telah ditelangkupkan tadi

Tadaaa...! inilah krim karamel yang telah siap

Bolehlah kita potong dan hidangkan

Sungguh mudahkan, buat krim karamel ni.  Anda semua mesti mencubanya.


Friday, December 10, 2010

Meracik Dosa Menyulam Iman

Semalam kat ofis aku ada program ceramah "Meracik Dosa Menyulam Iman".  Penceramah jemputan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim.  Mula-mula dengarkan tajuk jer sungguh simbolik, dengan bahasa yang begitu berbunga.  Selalu orang meracik bawang ke, timun ke tapi kali ni kita kena meracik dosa.  Hem...macamana pulak tu yer...

Prof. dia berceramah secara spontan, hanya melalui pengalaman hidup beliau sendiri.  Memang saya kagum dengan keberanian beliau untuk mengaku depan khalayak akan kejahilan beliau sebelum ini.  Menurut beliau, walaupun beliau seorang Prof. sebelum ini tapi beliau adalah seorang yang buta Al-Quran dan teramat jahil tentang Islam.  Alhamdullillah beliau dikurniakan seorang isteri yang tidak berhenti berdoa untuknya dan akhirnya hati beliau terbuka untuk kembali kepada cahaya Islam. 


Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim
Pengolahan cerita hidup beliau yang begitu bersahaja amat mencuit hati.  Antara petikan kata-kata beliau ialah di dalam dunia ini tiada yang datang secara tiba-tiba atau tidak sengaja.  Sebagaimana yang sering budaya orang Melayu kita bila berlaku sesuatu musibah dan tidak berlaku ke atas dirinya, kita akan mengatakan "nasib baik", "mujurlah" dsb.  Semua yang berlaku adalah disebabkan doa kita seharian dan sepatutnya kita harus bersyukur padaNya dengan mengucapkan Alhamdulillah.  Hampir menitik juga air mata ini, bila mengenangkan diri yang masih jahil lagi.  Memang best dengar ceramah beliau, aku keluar dewan jer terus beli buku Travelog Haji beliau.  Harap-harap aku pun dapat diberikan petunjuk dariNya. Amin....

Bergembiralah Wahai Wanita

Wednesday, December 8, 2010

My Garden

I use philippine grass for easy maintenance.  For tree, I choose tower tree and yucca as seen in this photo.


Calathea, heliconia and lily.

Willow tree at the corner of my garden.




Next to the heliconia is a kenanga (not sure in English).  This kenanga  produce a flower with a good smell.

Frangipani or kemboja at the other corner of my garden.

Till now, I'm still dreaming for a water feature and a gazebo.  When this could happen??? Gosh!...still no budget for that. He..he..he...

Christmas Decoration at Alamanda, Putrajaya

Hanging decoration with stars, snowflakes and ornaments.

A shoe house...pretty cute huh..., this decoration just like a children story book.


Smiley face of snowman with Mr. Santa Clause

Monday, December 6, 2010

Dekor di pejabat


Syarikat lama aku dulu sering mengadakan pertandingan meja kerja kakitangan yang paling cantik sempena Hari Alam Sekitar.  Semua kakitangan seboklah menghias meja kerja masing-masing.  Ini termasuklah aku.  Nah! inilah hasilnya, walaupun tak menang, dapat saguhati jer.uhuk...uhuk...uhuk.


Aku siap letak mini air terjun atas meja. Frame gambar tu semua buat sendiri cut & paste.


Aku kalau buat hiasan ke apa ke, memang tak sah kalau tak letak ranting. he..he..he..


Nampak tak kat bawah meja pun aku letak foot refleksilogi. 

Balang ikan juga aku letak di atas meja dan pokok keladi bunting aku letak dlm balang.  Aku bela ikan laga di dalamnyer.

Sudut sisi bahagian bawah workstation aku.  Siap berpagar gitu.


Kertas border yang aku lekat kat partisen ni sebenarnya dari shopping bag.

Ala aku tak simpan gambar pemenang workstation, yang ada gambar ni jer.  Focus point yang dia buat simple jer, letakkan gambar dengan hook langsir dan masukkan dalam balang kosong (cam balang horlick jer) dan juga pasir dan batu-batu sungai.  Depannya pula dia letak bekas cam kuali kecil yang tak guna di rumah, isi air dan ala aku lupa lak nama pokok air nih.  Hemm... nanti aku cari namanya.