Monday, December 6, 2010

Hari Keluarga JKW - Jom Berkampung

Baru-baru ini JKW telah mengadakan hari keluarga di pusat peranginan BNM di Port Dickson.  Memandangkan aku salah seorang AJK Kelab JKW yang menganjurkan program ini, argh....pening gak kepala dibuatnya memikirkan persiapan untuk hari tersebut.

Jom Berkampung tema hari keluarga tahun ini.  Seperti biasa aku sebok la dengan dekor untuk majlis dan beberapa perkara lain.  Aku memilih untuk menggunakan warna unggu dan putih.  Dekor hari keluarga ni ringkas jer, budget pun kecil so banyak yang aku gunakan adalah apa yang ada.  Bahan-bahan dari ofis jer.  Aku setakat belanjakan dalam RM50 untuk membeli barangan untuk dekor ini.

Antara bahan dekor ialah belon warna unggu dan putih, kertas warna unggu (untuk buat flag kecil), bunga manggar dan banner (yang dah sedia ada, kebetulan pulak memang warna unggu). Ha...ha...malam sebelum hari tersebut, Kamar dan Siti berkampung di bilik aku untuk meniup belon.  Sampai sesak-sesak nafaslah juga dibuatnya, terutama si Kamar tu.  Yang paling terer tiup belon Siti la pada malam tuh.  Untuk dekor yang lain aku telah siapkan awal-awal lagi, jadi hanya tinggal pasang sahaja pada seawal pagi pada hari Jom Berkampung itu nanti.  Itu jer...

Tema pon Jom Berkampung, untuk sarapan kami dihidangkan dengan nasi lemak dan rendang.  Makan tengahari pula dengan masakan kampung, masak gulai ikan, sayur campur, ulam, sambal belacan, ayam berempah dan ikan masin. Pergh....semuanya sedap-sedap.  Aku siap tapau lagi lauk pauk bawak bilik, mana yang ada balance. He..he..he..  Antara acara hari keluarga adalah senamtari Joget Mak Lodeh (ini sebenornya aku yang cipta, adhoc coz cikgu yang nak ajar sebenarnya tarik diri plak), sukaneka, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.


 
Ewahh...joget bang, lodeh eh mak lodeh, lodeh anak pak salleh...
 


Rasa takder acara tiup belon dewasa????

Bawa belon kat celah peha

Kesian anak-anak kena tonyoh muka kat tepung...he..he..he...


Selalu mak/bapa susukan anak, ni anak susukan mak/bapa, ambik ko...


Acara pakaikkan baju anak sambil tutup mata


Amboi makan sedap no...tak toleh kiri kanan langsung

Inilah juara Kampung Pinang Sebatang

Acara sukaneka memang best dan sempoi.  Semua staff kena pakai kain sarong semasa bersukan.  Antara acara sukan ialah untuk kanak-kanak ialah cari gula dalam tepong, bawa belon celah peha dan bawa gula-gula dengan sudu.  Acara untuk keluarga pula ialah mak/bapa menyusu botol dan pakaikan baju anak sambil tutup mata.  Acara untuk staff, main hantu, sepak bola pakai sarong, lumba lari dengan tempurung.  Kredit untuk semua ajk yang terlibat.  Semuanya gembira walaupun kepenatan.

No comments:

Post a Comment