Friday, August 26, 2011

Hiasan Hari Raya

Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa.  Cepat sungguh waktu berlalu.  Ingat dulu-dulu waktu zaman kanak-kanak.  Rasa bulan puasa terlalu panjang dan memang tak sabar menanti ketibaan syawal. Malam raya tu, kami adik-beradik semua sebok membuat persiapan raya.  Tapi bagi yang kecik-kecik tu apalagi sebok bermain kat luar. Bagi yang kakak-kakak pula sebok dengan persiapan juadah raya dan perhiasan rumah.  Macam aku biasanya ditugaskan membuat dekor rumah.  Yelah aku bab-bab memasak ni memang kurang sikit tapi kalau suruh menghias-hias memang la suka sangat. 

Anda semua ingat tak lagi hiasan rumah zaman dahulu kala. Teringin pulak nak tengok gambar hiasan rumah era 70an, 80an dan 90an.  Perkara yang paling aku ingat untuk hiasan zaman dulu-dulu ialah gantungan kad-kad raya.  Macam-macam cara orang menggantung kad raya, ada yang kat dinding la, kat ranting kayu, kat pokok bunga dan macam-macam lagi.  Hemmmm.....zaman sekarang ni ada lagi ke orang buat hiasan cenggini?  Alamak! tahun ni la aku rasa aku memang tak buat apa-apa untuk hiasan rumah.  Sejak ada baby zara memang rasa tak menang tangan untuk fikir hiasan apa.  So just kemas sikit-sikit jer.  Tapi aku memang tak berapa suka dengan hiasan rumah yang terlalu sarat.  Rasa macam berserabut kepala bila tengok rumah sarat sangat dengan perhiasan yang terover.  Bagi aku yang minimise dan simple itu yang cool dan cantik.  Tapi itu terpulanglah pada individu menilainya.  Kata orang ikut taste masing-masing ler.

Biasalah aku ni last minit baru nak buat dekor untuk department aku.  Ni jerla yang termampu.  Dalam kepala otak nak buat macam-macam tapi dah sebok ngan mende lain. Hehehehehehe....
Oh! ya... di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang singgah menjengah blog saya ini.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment