Monday, December 6, 2010

Dekor untuk Majlis Ulangtahun Puspanita Kijang 2010


Perghh...I have no life for one week just for this decor project.  Sebenarnya my best  friend Noren yang telah menjebakkan aku membuat dekor untuk majlis Puspanita nih.  Kalau ikutkan rasa macam tak mampu nak membuatnya.  Mana nak fikir tentang dekor, mana nak fikir tentang latihan untuk persembahan lagi.  Boleh ke aku buat semua ni?
 
Aku gagahkan juga buat semua ini kerana begitu meminati hiasan dalaman dan apa sahaja berkaitan dengan seni.  Tema majlis ulangtahun puspanita tahun ini "Garden of Flower".  Sebelum memulakan projek, aku akan study dan survey di internet dahulu berkaitan dengan tema ini.  Setelah memerah otak mendapatkan idea, kemudian aku lakarkan pelan cadangan hiasan.

Tema pun bunga di taman, tentu saja aku perlu ada bunga-bungaan dan pokok-pokok.  Kalau aku guna fresh flower dan artificial, ahh...tentu memakan belanja yang besar.  Apakata kalau aku buat bunga dari crepe paper.  Aku boleh dapat banyak bunga untuk hiasan dan selebihnya hanya perlu pinjam bunga tiruan dari mana-mana ahli dan rembat saja bunga tiruan di rumah aku.  Ha...ha...ha...  Habis rumah aku togel, macam disambar garuda.  Yang paling aku tak lupa, anak aku Balqis sampai tanya kat aku, "mama, nanti bila majlis dah habis, mama pulangkan tak bunga rumah kita ni?".

Pokok-pokok aku pinjam dari nurseri BNM.  Habis sampai dua lori aku angkut pokok-pokok.  Antara pokok-pokok yang aku guna untuk hiasan ialah seperti yucca, calathea lutea, thaumatococcus, bird nest, lidah jin, ati-ati dan pelbagai lagi.  Bukan pokok saja yang aku pinjam, batu sungai dan pasu juga aku angkut sekali dari nursery BNM.  Nasib baik BNM banyak pokok yang cantik-cantik, senang kerja aku.


Perancangan hiasan aku simple saja.  Untuk laluan masuk, aku telah buatkan gerbang bunga dari crepe paper.  Di kiri dan kanan gerbang pula aku letakkan pokok dan ranting.  Di ranting aku lekatkan rama-rama.  Focus point depan pentas aku hiaskan ala taman, bunga-bungaan, pokok-pokok, pagar dan batu-batu sungai.  



Dalam dewan tempat berlangsung majlis ada tiga tempat yang mempunyai kayu penghadang.  Untuk bahagian hadapan kayu penghadang laluan masuk utama, aku letakkan di kiri dan kanan pasu bersama rotan-rotan hiasan.  Di tengahnya pula susunan simple bunga orkid dan ranting-ranting.  Hiasan seterusnya bahagian ini, aku hanya susun pokok-pokok dan batu-batu sungai di sekelilingnya.  Untuk hiasan kayu penghadang bahagian dalam dewan, hanya aku gantungkan secara berserak bunga crepe paper dan di tengahnya pokok yucca dan sedikit pokok hiasan lain dan batu-batu.  Untuk hiasan meja pula, aku hanya buat simple saja dengan meletakkan ranting, sekuntum bunga dan mangkuk berisi air, batu kecil, lilin dan taburan sedikit kelopak bunga di atas meja.

Argh...lega rasanya bila projek dekor puspanita telah siap.  Sebelum bermula majlis, selama tiga hari berturut-turut aku telah lewat pulang ke rumah.  Kasihan baby zara, nasib baik hubby dapat handle anak bongsuku yang baru berusia lima bulan.  Alhamdullillah semua telah selesai dan I got my life back. Hurray!!!

Amboi kemain rajin si Noren buka reben kertas kertas, sampai lenguh tangan.
Nasib baik ada Aimey tolong buka paper flower yang telah siap aku buat.
Inilah rupanya taman yang tak siap lagi, kontraktor cabut lari payment tak masyuk...he..he..he
Cantik juga bunga kat kedai 2 ringgit ni yer.
Khusyuk sungguh Noren susun bunga tiruan yer sampai tak toleh kiri kanan.
Dah penat buat kerja, kita posinglah kejap.

 

No comments:

Post a Comment