Friday, February 18, 2011

Mengapa Doa Tidak Dikabulkan Allah?

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tassawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai.  Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah, walhal mereka sering berdoa kepadaNya?  Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haqNya.

Kedua:  Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga:  Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal denganya.

Keempat:  Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

Kelima:  Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam:  Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Ketujuh:  Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan:  Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan:  Kamu bangun kamu dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.

Kesepuluh:  Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.




No comments:

Post a Comment